Tuesday, March 10, 2015

Pasangan Diijab Kabul Dengan Mas Kahwin 30 Juzuk Hafalan Ayat Al-Quran














INDONESIA: KH Abdullah Gymnastiar baru-baru ini telah menikahkan anak perempuan ketiganya, Ghaitsa Zahira, dengan seorang pemuda bernama Maulana Yusuf.

Untuk pengetahuan pembaca, Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali Aa Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit, pengusaha dan pengasa Pondok Pesantren Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung.

Apa yang istimewanya dengan majlis perkahwinan anak perempuan Aa Gym ialah mas kawin yang diletakkan oleh beliau terhadap pemuda yang bakal menjadi menantunya tersebut iaitu membaca hafalan ayat al-quran 30 juzuk.

Untuk memiliki gadis impiannya sah menjadi isterinya Maulana Yusuf telah membaca kesemua hafalan 30 juzuk Al-Quran tersebut di hadapan Aa Gym seharian.

"Alhamdulillah doa dari sahabat semua, Aa sangat bersyukur Ghaitsa Zahira sofa telah diijab kabulkan dengan Maulana Yusuf yang sama sama penghafal quran dan semoga terus menjadi pengamal Alquran."

"Semoga Allah memberikan keberkatan kepada keduanya aamiiin Terima kasih kasih banyak bagi yang hadir dan yang berniat hadir serta yg mendukung dengan semua kebaikan jazaakalloh Khoiron katsiro," ucapnya tanda syukur.

Semasa Maulana mengalunkan hafalan ayat suci Al-Quran, banyak yang menangis terharu. Mereka mendoakan pasangan yang sama-sama hafiz dan hafizah Alquran ini bahagia dunia dan akhirat.

Maulana sendiri pula menegaskan bahawa tidak menjadikan hafalan AL-Quran tersebut sebagai mas kahwin kerana dia membaca hafalan Al-Quran itu selama 24 jam sebelum akad nikah.

"Memang ada bacaan Alquran 30 juzuk tetapi mas kawin saya sama dengan yang lain. Mahar saya emas 10 gram dan wang satu dirham," kata Maulana

Read more…

Gambar Diana Danielle Tampil Untuk Cover Majalah Esquire Malaysia hanya memakai Bra




6 Gambar Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Majalah Esquire Malaysia.. Majalah Esquire telah menampilkan Diana Danielle sebagai cover girl bagi isu bulan ini dengan imej yang agak seksi.

Diana Danielle telah berkongsi kisah bagaimana permulaan kariernya di mana beliau lebih selesa memilih karya yang betul-betul berkualiti bagi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek.

Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut berkongsi kisah kesukaran hidup keluarganya sehingga ada suatu ketika, ibunya iaitu Norsiah Ramli terpaksa menjual rumah bagi terus hidup.
















Read more…

Monday, March 09, 2015

Luahan Hati Afdlin Shauki Di Atas Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik




Innalillah wainna ilaihi rojiuun... #Tolong doakan dan sedekahkan alfatihah untuk sahabat saya ni yg telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yg tersayang. Semoga #Alllah SWT meletakkan beliau bersama roh org org yg baik...assalammualaikum abgku.






Status Afdlin Shauki sebaik sahaja mengatahui rakan baiknya meninggal semalam.. Beliau juga telah memuatnaik 1 keping gambar terakhir mereka bersama dangan caption:

Gambar terakhir saya dan arwah jumaat lepas. Hari ni dia dah tiada... Innalillah wainna ilaihi rojiuun. Al fatehah. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

#Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ



Read more…

Sunday, March 08, 2015

Jasad 2 pendaki gunung yang bertukar menjadi mumia ditemui

Jasad pendaki yang hilang muncul selepas kecairan salji di gunung Pico de Orizaba, gunung tertinggi di Mexico, 28 Februari 2015. Diyakini mereka merupakan pendaki yang hilang akibat gelongsoran salji pada tahun 1959.

Jasad pendaki pertama ditemukan 310 meter dari puncak Gunung Pico de Orizaba yang tingginya 5610 meter. Manakala Jasad pendaki kedua ditemukan hanya berjarak 152 meter dari rakannya.

Mayat mereka menjadi mumia kerana terawet secara semulajadi akibat kebekuan salji.





















Lokasi Gunung Citlaltepetl atau Pico de Orizaba, tempat penemuan dua jasad pendaki yang menjadi mumia. Jasad ini akan dibuat ujian DNA agar ia dapat diserahkan kepada keluarganya.

Read more…

Harun Salim Bachik meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Read more…

Saturday, March 07, 2015

Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua di Subang Jaya


Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.
“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana.-Via rotikaya

Read more…