KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta hadir pada Himpunan Aman di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini bagi membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang berlangsung dalam keadaan aman.
Himpunan Aman tersebut bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat pada pukul 1.50 petang.
Majlis bermula dengan ucapan Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan diakhiri ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kebebasan agama yang dinikmati ada batasnya dan semua pihak tanpa mengira budaya dan pegangan perlu menghormati penganut agama lain.
"Saya menghormati kebebasan bersuara dan beragama. Tapi ini bukan sahaja soal agama tapi soal akidah. Kalau umat Islam memberi undi kepada DAP inilah yang akan berlaku.
"Justeru, umat Islam perlu bersatu kerana ini adalah perjuangan "Fissabilillah"," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak bermusuh dengan kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) tetapi mahu kedua-dua negara itu menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad.
"Pada masa yang sama kita juga kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang mengutuk umat Islam yang menegakkan keadilan bagi agama Islam," katanya kepada ribuan peserta Himpunan Aman yang hadir di Majid Jamek pada Jumaat.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut melahirkan rasa sedih terhadap pemimpin pembangkang seperti, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyifatkan himpunan yang dibuat adalah membazir masa.
"Pemuda Umno hari ini bersoladiriti dengan Pemuda PAS. Semua yang kumpul kita bersama dengan Pemuda PAS tidak seperti DAP.
"Kita rasa sedih sekali, ada pemimpin pembangkang sanggup masuk dalam lokap sertai Himpunan Bersih. Jadi tak payahlah PAS bersama DAP, lebih baik bersama kita," katanya.
Justeru, beliau menyeru peserta Himpunan Aman yang hadir menolak pemimpin biadap seperti Ngeh.
"Kalau inilah jenis pemimpin Ngeh. Kita akan hantar mesej dalam pilihan raya kita untuk buang mereka.
"Jangan uji kesabaran kita. Kebebasan bersuara ada hadnya. Umat Islam bersatu dan berhimpun dalam keadaan aman untuk membantah tindakan mereka," katanya.
Himpunan Aman tersebut berakhir pada pukul 2.30 petang dengan doa yang dibacakan oleh Hassan Ali dan bacaan selawat oleh himpunan.
"Musuh kita bukan Amerika Syarikat bukan rakyat Perancis..tapi kita ingin tegaskan bahawa penghinaan atas mana-mana agama sekalipun tidak akan diterima di bumi Malaysia," katanya.
Beliau turut meminta kerajaan AS segera ambil tindakan ke atas penerbitan filem tersebut.