Thursday, October 04, 2012

APEX HARAP HUBUNGAN KALI INI KEKAL??



SELEPAS pengakuan yang dibuat model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, mengenai hubungan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23. Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek berharap agar hubungannya kali ini akan berakhir di jinjang pelamin.

"Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Jadi saya minta semua doakan kami supaya hubungan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin," kata Apek kepada Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Apek menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia dan Leuniey membuat perancangan untuk bertunang atau berkahwin kerana mereka kini masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

"Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua.

"Kami tak akan rahsiakan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Apek berharap dengan penjelasan ini dia berharap tidak akan ada lagi gosip mengenai dirinya dan Leuniey kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya dalam bidang sukan.

Pasangan ini mula berkenalan selepas mereka terpilih untuk menjadi model untuk iklan minyak wangi'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.