Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu kiri, cedera pada tangan kanan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.
![](http://www.klpos.com/images/folder1/datuk_k_dan_siti.jpg)
Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert yang sepatutnya berlangsung pada malam Khamis itu.
![](http://www.klpos.com/images/folder1/tweet%20ct.png)
Siti akan berlepas ke New Zealand bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa pada Jumaat ini untuk melihat keadaan suaminya.
Sumber: http://www.klpos.com/hiburan/30782-datuk-k-kemalangan-di-new-zealand-siti-batal-konsert