
Sebuah akhbar tempatan, China Daily dilaporkan menggesa keluarga penumpang berkenaan untuk menerima kenyataan bahawa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dan tiada yang terselamat.
China Daily turut menggesa keluarga penumpang untuk berhenti mengeluarkan kenyataan dan bertindak secara tidak rasional terhadap kerajaan Malaysia.
“Kita perlu memahami bahawa isu ini mungkin merupakan kejadian yang paling misteri dalam sejarah industri penerbangan awam di Asia,'' katanya. - Agensi