Wednesday, March 12, 2014

Terbaru Akaun Laman Sosial Penumpang MH370 Masih Aktif

Terbaru Akaun Laman Sosial Penumpang MH370 Masih Aktif | Sumber terbaru dari Malaysian Insider mengatakan apabila keluarga mangsa dari China telah berjaya membuat panggilan dan juga berkata status akaun mangsa MH370 aktif . Baca selanjutnya

Terbaru Akaun Laman Sosial Penumpang MH370 Masih Aktif

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menangis ketika mendengar khabar angin yang amat sedih apabila kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu awal pagi Sabtu. Gambar fail. Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media tersebut

Washington Post mengeluarkan berita, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” Berikut laporan media di sana.

Nota : Misi mencari masih lagi diterus kan sehingga kini. dan ramai negara luar bantu kita. Apapun admin doakan kepada Allah semgoa urusan ini semua dipermudahkan . Amin