1. Kening adalah bahagian wajah yang selalu diabaikan ketika bermekap. Lukis dan rapikan kening anda dengan baik menggunakan pensil kening. Kening yang nampak lebih penuh dan gelap dapat mengelakkan wajah anda nampak pucat dalam gambar. Kening juga adalah faktor terbesar yang akan menentukan karektor dalam gambar.
Gambar Hiasan : Instagram Miranda Kerr
2. Pakai gincu berwarna terang. Walaupun gincu warna nude dan lembut juga nampak menawan, gincu yang berwarna terang lebih “terjamin” untuk buat wajah anda “makan gambar”.
3. Pemakaian maskara jatuh sebagai “mekap wajib” untuk sesi bergambar. Ini kerana maskara akan membuat mata anda nampak lebih “terbuka” dan jangan lupa mata merupakan pusat tumpuan gambar. Mahukan kesan yang lebih dramatik? Anda boleh cuba memakai bulu mata palsu. Foto anda dari sudut sisi wajah tentu nampak lebih menarik.
4. Rambut yang bersinar akan kelihatan lebih fotogenik. Anda menggunakan semburan rambut (hair spray) untuk mendapatkan kesan ini. Rambut leper juga adalah antaraspoiler yang akan ‘merosakkan’ gambar anda. Bagi mengatasi masalah ini, tiup kering rambut anda menggunakan pengering rambut atau terbalikkan kepala ke bawah untuk berivolume kepada rambut.
5. Kulit yang flawless juga menjadi faktor yang kuat dalam menjadikan seseorang nampak fotogenik. Selain teknik mengedit gambar atau menggunakan Kamera 360 dan beberapa applikasi telefon yang lain, pemilihan bedak foundation yang tepat mungkin memberi hasil yang lebih baik. Namun, pemilihan warna yang tepat adalah penting supaya anda tidak kelihatan seperti memakai tepung gomak ataupun lebih gelap dari warna kulit sebenar.
6. Pemerah pipi juga adalah satu kemestian! Tanpa warna pada pipi anda, muka anda boleh kelihatan seperti mempunyai dua dimensi dalam gambar. Untuk sesi fotografioutdoor, pilih warna yang tidak terlalu menonjol dan lebih semulajadi seperti aprikot dan merah jambu pastel manakala untuk sesi fotografi indoor, pilih warna yang lebih terang seperti rose pink mengikut kesesuaian tona kulit anda