Almy Nadia perampas rumahtangga Eira Syazira - Apa agaknya perasaan anda jika suami tercinta masih menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya? Sudah tentu akan wujud perasaan marah, kecewa dan sedih dalam diri.
Ditambah pula dengan bebanan kewangan yang semakin meruncing, hanya wanita yang benar-benar tabah sahaja mampu mengharungi kesengsaraan tersebut.
Itulah kehidupan yang perlu ditempuhi oleh Eira Syazira sebagai isteri Norman Hakim apabila Almy Nadia berterusan menganggu rumahtangganya sehingga menyebabkan salah seorang anak kesayangannya meninggal dunia.
Apapun, jangan cepat melatah ya para pembaca semua. Almy Nadia bukanlah perampas suami dalam dunia realiti. Eira Syazira dan Norman Hakim masih lagi bahagia melayari bahtera rumahtangga masing-masing.
Sebenarnya, cerita yang penulis ingin sampaikan di sini hanyalah berkisar tentang sebahagian ringkasan sinopsis daripada drama bersiri terbaru yang berjudul Janji Jaslina arahan pengarah berbakat besar, Emi Suffian dan terbitan Orangetree Production.

Drama ini menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Ana Dahlia (Atira) dan ramai lagi.
Skrip drama bersiri 20 episod ini dihasilkan oleh Azmy Mohd Arif dan mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan dua orang anak comel iaitu Nina dan Iman.
Bagaimanapun, Johan telah memarahi Jaslina apabila dia bertindak untuk berhenti kerja demi menjaga Nina yang disahkan mengidap penyakit asma pada usia 10 tahun.
Namun, tanpa pengetahuan Jaslina, Johan sebenarnya masih menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Rahayu. Jaslina tidak menyimpan sebarang prasangka terhadap Rahayu kerana gadis itu bijak berpura-pura rapat dengan anaknya.
Bagaimanapun, suatu hari Rahayu secara sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma sehingga Nina meninggal dunia.
Untuk menonton kesudahan drama penuh emosi ini, mari sama-sama nantikan kemunculannya di kaca televisyen anda bermula pada 31 Mac, 4.00 petang setiap Isnin hingga Khamis di slot Azalea TV3. - portal ohbulan