Tuesday, April 01, 2014
- Posted By: Anonymous
Ancaman Melalui FB Mahu Tembak PM !!
Sebelum ini, pelajar institusi pegajian tinggi swasta ditahan oleh polis Kedah kerana mencatatkan komen lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kini, tersebar pula SATU LAGI ugutan dilontarkan secara terbuka membabitkan Najib.
Jika kenyataan di atas dilihat berunsur ugutan jenayah, pihak polis harus memberkas dan kemudian menyiasat pemilik akaun facebook terbabit, ‘Hanimura Yakuza’.
Mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, individu disabitkan kesalahan melakukan ugutan jenayah boleh dipenjarakan tidak lebih 7 tahun atau didenda atau keduanya.
Kebelakangan ini sebilangan pengendali laman sosial didapati menulis status atau komen mereka secara semberono tanpa mengetahui kesan kepada diri mereka.
Saya difahamkan, beberapa individu bakal membuat laporan polis berhubung kes ini. Ikuti perkembangan tindakan di blog ini.
Tentunya terdapat rakyat Malaysia mengenali pemilik akaun terbabit dan sekaligus memudahkan tugas pihak berkuasa menahannya. Saya percaya dalam tempoh waktu terdekat, dia bakal diheret ke balai polis.
Tatkala tangan kelak digari, lutut pasti menjadi longlai.