Friday, April 04, 2014

[ARTIS] Gambar Perkhawinan Radhi OAG Dengan Nur Shahira

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali, 37, sah bergelar suami kepada pasangannya, model sambilan, Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 10.30 pagi tadi.

Majlis akad nikah itu disempurnakan imam besar masjid Negeri, Ustaz Mohd Firdaus.



Pada majlis pernikahan itu, Radhi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM30,000 kepada pihak perempuan.

Pihak lelaki juga menyerahkan sebanyak 12 dulang dan berbalas 14 oleh pihak perempuan.

Terdahulu, pasangan turut mengadakan majlis merisik dan pertunangan sebelum majlis akad nikah dimulakan.

Ia perkahwinan kedua Radhi. Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak, Muhammad Rifdli Muslim,8 - Hmetro Online