Wednesday, April 16, 2014

[ARTIS] GAMBAR Remy Ishak Seronok Berpesta Air Di Bangkok!


Umum sedia maklum bahawa kawasan-kawasan di Lembah Klang dan beberapa lagi tempat di negeri lain terjejas akibat aktiviti catuan air sejak beberapa bulan lalu.

Semuanya gara-gara bekalan air di empangan yang tidak mencukupi selain daripada kesan musim kemarau berpanjangan tempoh hari.

Namun begitu, pelakon kacak, Remy Ishak nampaknya mengambil kesempatan ini dengan menikmati pesta air atau lebih dikenali sebagai Songkran di Bangkok, Thailand.




Menerusi foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram, Remy kelihatan cukup teruja bermain air bersama warga Thailand dan pelancong sambil menulis kapsyen, Tiada catuan. Simbahhhh!! di salah satu gambarnya semalam.

Sementara itu, kebanyakan peminat Remy juga melahirkan rasa cemburu melihat pelakon itu berseronok memandangkan penduduk di Malaysia kini sedang berdepan dengan masalah air.



Mungkin Remy terbang ke Bangkok untuk menyambut ulangtahun kelahirannya pada 11 April lalu atau mungkin juga sengaja merehatkan minda selepas sibuk menjalani penggambaran di Langkawi.

Untuk pengetahuan anda, perayaan Songkran disambut sekitar 13-15 April setiap tahun di Thailand seiring dengan sambutan Tahun Baru negara itu.