Sebelum ini, lagenda Rock tanah air, Amy Search telah memaklumkan kepada umum bahawa dia tidak membenarkan laman Instagramnya dibanjiri dengan para peniaga.
Rimas dengan situasi tersebut, Amy Search juga menganggap mereka bagaikan tidak menghormati privasi tuan empunya laman Instagram tersebut.
Terkini, pelakon seksi, Tasha Shilla juga dilihat seakan-akan berang dengan peniaga Online yang mempromosikan barangan mereka di setiap gambar Shilla dan menegaskan bahawa laman Instagramnya bukan ‘pasar malam’.