Wednesday, April 02, 2014

Foto: Padah Baling Kek Ke Muka Ahli Politik !!!

Seorang wanita berusia 60 tahun dijatuhi hukuman dua bulan penjara semalam kerana menyerang pemimpin anti-imigresen Sweden Demokrat dengan kek dan memandu tanpa lesen.

“Dia menggasari Jimmie Aakesson dengan menolak kek ke mukanya, ” mahkamah Stockholm menjatuhkan hukuman semalam

Irene Matkowitzc [Gambar kecil] yang mengakui jenayah itu, telah diarahkan untuk membayar 5,000 Kronor (RM 2533 ) sebagai ganti rugi kepada pemimpin parti dan meliputi 300 Kronor bil cucian kering beliau. 


Matkowitzc menyerang pemimpin Demokrat Sweden itu ketika menandatangani buku di pusat Stockholm pada bulan November 2013, waktu itu beliau telah menyembunyikan kek krim Sweeden tersebut dalam jaket, kemudian membalingnya ke muka Aakesson sambil menjerit “fascist bastard ” (mencarut).

Beliau dihukum penjara didapati bersalah atas beberapa kesalahan lain juga iaitu , tiga kejadian memandu tanpa lesen – dan mempunyai 13 sabitan terdahulu .

Matkowitzc mempertahankan serangan tersebut sebagai karya seorang anti -perkauman militan menentang “simbol neo- fasisme “. Pihak Aakesson berjuang untuk tempat ketiga dengan Parti Hijau pada bulan September pilihan raya umum Sweden di mana pemerintah konservatif Parti Sederhana akan dicabar oleh pimpinan pembangkang Sosial Demokrat . – AFP

Sumber : New Straits Time & The Sun Daily