Thursday, April 03, 2014

Gempar Parti Separuh Bogel Dalam Kolam (POOL PARTY) Di JB, Sabtu Ini?

Dalam keadaan negara sedang berdukacita dan menjadi tumpuan dunia kerana kehilangan pesawat MH370, banyak acara melibatkan hiburan dibatalkan kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Selain itu, kes kematian enam pengunjung konsert FMFA 14 Mac lalu turut membuatkan beberapa konsert hiburan dibatalkan, antaranya Konsert Life In Color, Twin Towers @Live 2014 dan Festival Muzik Kuantan.

Malangnya, didapati masih ada penganjur yang tetap berdegil meneruskan acara hiburan.

Pihak yang tidak setuju dengan tindakan tidak sensitif ini telah menyebarkan acara berkaitan di laman sosial dengan harapan ia dapat dihentikan.

Acara yang bakal berlangsung pada Sabtu, 5 April ini merupakan parti yang diadakan dalam dua kolam renang di Johor Bahru.


Wanita yang datang dengan bikini awal-awal sudah dijanjikan minuman keras percuma jadi rasanya sudah dapat dibayangkan macam mana rupa parti kelak kan? Maknanya wanita separuh bogel dan arak sudah tentu dijadikan jamuan…


Dibimbangi, perkara ini bukan sahaja membawa kepada masalah sosial tetapi juga boleh dijadikan modal pihak tertentu untuk mengambil kesempatan memburukkan imej Malaysia sebagai negara Islam apatah lagi dalam keadaan sekarang.

Ia juga boleh memburukkan nama Johor, sebuah negeri yang sebelum ini sanggup menukar cuti kepada Jumaat semata-mata untuk memudahkan rakyatnya menunaikan solat Jumaat. – MYNEWSHUB