Lelaki muslim buat laporan polis kerana bunyi AZAN kuat - Jika sebelum ini, laporan polis pernah dibuat oleh pihak bukan muslim kerana tidak tahan dengan penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan di masjid atau bacaan ayat suci Al-Quran.
Apapun, itu cerita lama yang tidaklah begitu menghairankan. Namun, baru-baru ini satu lagi laporan polis telah dibuat berhubung kes yang sama. Menariknya, individu yang membuat laporan polis itu ialah seorang lelaki berusia 56 tahun yang beragama Islam.