Menurut sumber, mangsa mula mengenali suspek pada jam 12 tengah malam Khamis lalu sedang melayari laman sesawang di rumah sewanya di Kawasan Perumahan Rantau PETRONAS di kawasan Kerteh, dekat sini.
gambar hiasan
Dipercayai, mangsa berusia 36 tahun dari Kuantan itu ‘cair’ dengan pujuk rayu suspek yang mendakwa dirinya seorang gadis berdarah kacukan Cina dan Eropah sehingga sanggup merakam dan mengirimkan gambar ‘berahinya’.
Sumber berkata, kerana terpedaya, mangsa kemudiannya turut memberikan nombor telefon bimbit kepada gadis yang memperkenalkan diri sebagai Alexa itu.
“Suspek memujuk untuk melihat fizikal mangsa tanpa berpakaian dan mangsa tanpa banyak soal turut menghantar gambar-gambarnya dalam keadaan memberahikan itu kepada gadis berkenaan.