Remaja berusia 18 tahun itu memuat naik status berkata “saya amat merindui kehadiran, senyuman, gelak tawa awak, dan segala-galanya mengenai awak ( How I miss your presence, your smile, your laughter, just so everything about you).
Selain itu, Maira turut berkongsi gambar bapanya itu dengan keterangan, “lihat apa yang saya terjumpa…hero saya” (Look what I found…my hero).
Pada 1 April lalu, remaja itu sekali lagi memuat naik status yang memaklumkan dia tetap mempercayai penumpang penerbangan MH370 masih hidup.
Ketika menjawab mesej pengikut laman sosial itu, Maira berkata dia bersama ahli keluarga lain dalam keadaan sihat.
“Saya dalam keadaan baik dan percaya mereka dijaga dengan baik” (I’m okay. I believe that they’re in good hands. So, I’m good).
Sejak kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, Maira tidak berhenti memuat naik status berkenaan bapanya.
Dia membuka akaun Twitter baru selepas akaun sebelum ini @Gorgxous_ yang mempunyai seramai lebih 2,000 pengikut disekat secara tiba-tiba.
Berdasarkan status di Twitternya, Maira menunjukkan sikap positif ke atas tragedi MH370 dengan mengeluarkan kenyataan, “I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan.”
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berkata dia sudah lapang dan boleh menjawab mesej pengikutnya.
Menurut Twitternya, Maira berkata, dia belum mengambil slip keputusan SPM kerana saya masih berharap bapa akan pulang pada hari itu – Hmetro Online