Friday, April 11, 2014

Mawar Fareeda Jawab Komen Isu Tudung Tiruan di Fan Page

Baru beberapa hari lalu, para penggemar fesyen tudung digemparkan dengan berita serbuan tudung Fareeda tiruan oleh KPDNKK.

Walaubagaimanapun, tindakan pihak Fareeda dengan kerjasama KPDNKK yang merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77 ribu dianggap ramai pihak sebagai tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.
Malah, Facebook tudung Fareeda terus dihujani dengan pelbagai kecaman dan kritikan. Seorang pengguna Facebook, Nurkhamisah Sharil dalam komennya menempelak tudung Fareeda Original yang didakwanya sebagai mahal.

"Fnj mahal,,kesian org yg xmampu tp nk sgt bergaya ala mawar,,, tu yg org lain tolong buatkan yg sama tp murah...apa salahnya..org yg beli tu yg kna adil,, kalo dh kaya,, beli lh yg ori,, yg xori hanya utk org yg xmampu beli yg ori,,," Tulis Nurkhamisah.


Namun, Komen Puan Nurkhamisah dijawab oleh Mawar Fareeda Fan Page yang menyarankannya untuk mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

"Nurkamisah Sharil: Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves dibawah rm100. Jika tak mampu menabung. dan jgn risau jika membazir sb FAREEDA ada harga untuk preloved." Jawab Mawar Fareeda di Fan Page itu.
Walaupun ada benarnya, komen balasan Mawar Fareeda itu dilihat agak kasar. Apapun, sebagai pengguna anda harus bijak memilih fesyen yang berpatutan agar tidak membebankan kewangan diri dan keluarga.