Thursday, April 03, 2014

MH370: 13 soalan keluarga penumpang China

Pesawat MH370 pada 8 Mac sedang terbang ke arah utara pada kali terakhir dikesan tetapi ia menuju ke arah selatan selepas itu.

Ahli keluarga penumpang dari China memberitahu, maklumat tersebut telah disampaikan oleh pasukan teknikal dari Malaysia dalam sesi mesyuarat tertutup yang diadakan di Bangi semalam.

Mesyuarat tersebut telah disiarkan di Hotel Lido di Beijing melalui kemudahan persidangan video.

Difahamkan, pihak ahli keluarga telah menyediakan pelbagai soalan yang diajukan kepada pasukan teknikal Malaysia semasa mesyuarat diadakan.

Antara persoalan yang dikemukakan adalah seperti berikut.

1. Sila sediakan segala maklumat perjalanan MH370 sebelum ia hilang, maklumat harus merangkumi segala pesanan, data Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS), perbualan telefon satelit dan ELT (Emergency Locator Transmitter).

2. Bagaimana lokasi di selatan Lautan Hindi dihitung? Kenapa berlaku jurang selama satu jam selepas perhitungan dilakukan?

3. Kenapa dikatakan pesawat terbang ke paras 45,000 kaki?

4. Adakah laluan perjalanan atau destinasi baharu dimasukkan dalam sistem pesawat selepas pukul 1.19 pagi? Bagaimanakah ia dikenal pasti?

5. Pemadam api yang ditemui di Maldives digunakan pesawat jenis apa?

6. Bilakah MH370 keluar dari kawasan radar Malaysia? 2.15 pagi, 2.22 pagi atau 2.40 pagi?

7. Minta penjelasan mengenai tiga sistem amaran selepas pesawat hilang, apakah masa rasional untuk melaksanakan sistem berkenaan? Minta kandungan komunikasi dan masa komunikasi secara spesifik.

8. Minta penjelasan tentang sistem komunikasi telefon satelit dan proses siasatan tentang proses komunikasi pesawat. Adakah melalui komunikasi ini dapat mengetahui kedudukan pesawat?

9. Berkenaan lokasi di mana pesawat MH370 berakhir, adakah ia berada dalam laluan biasa untuk penerbangan awam. Dari lokasi di mana MH370 berpatah balik sehingga ke tempat ia berakhir, berapakah laluan penerbangan awam yang ada?

10. Adakah benar berlaku kebakaran dalam pesawat?

11. Bolehkah ACARS ditutup oleh orang? Bagaimana dengan fungsi ACARS? Apakah hasil analisis terhadap isyarat yang diterima pada pukul 8.19 pagi?

12. Proses dan masa komunikasi antara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan pihak tentera.

13. Kenapa ELT tidak mengeluarkan amaran?

sumber