Heboh satu Malaysia dalam minggu ini apabila seorang pakcik berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Mohd Said membuat laporan polis berkenaan bacaan tarhim dan azan yang dikatakan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Isu ini menerima maklumbalas yang pelbagai dari masyarakat Malaysia.
Ada yang menyifatkan ianya sungguh memalukan kerana laporan tersebut agak luar biasa kerana dilaporkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam sendiri dan bukannya datang dari penganut agama lain yang dikategorikan bukanlah luar biasa. Berikut adalah laporan polis yang dibuat.
Laporan ini ada dipaparkan di facebook kami dan menerima ribuan maklumbalas dari orang ramai.
Noorhasbira Kamaruddin menulis, “Tu Allah nak bagi kesedaran pada dia.. dilaungnya Azan kuat kuat supaya bergegar kepala otak dia tu yg tak berapa nak betul dah tu..tapi tulah…hati dah beku..siap boleh gi report lagi..”
Ada juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut;
Haishh Ckpmndewgitu pula menulis, “Dah kalu pak cik nyatekan ‘Terlalu Kuat’. mmg x boleh la .. mne boleh bleh wt sesuatu ibadat itu menganngu org lain .. mcm kitesolat tahajjud tgh mlm.duk satu pondok.. shinngaa mnggngu kwn kite tgh tidoo .. dye x nk thjud dye punye psl laa.. x boleh laa.. myb pakcik tu x boleh mndgr bnde kuat2 … walaupun kite tahu org tu haty busuk sekalipon kite x boleh nk pegi azan kuat2 n nyaring kt telinhe dyee …”
Agak memalukan juga apabila ada non-muslim yang begitu menyenangi laungan azan lebih daripada segelintir orang Islam itu sendiri.
Menemui Pak Leman,
Dengar cite, Pak Leman famous betul di facebook sekarang? Kes report polis, azan kat surau kita tu bunyi bising sangat katanya.
Saya sebagai jiran rasa terpanggil untuk menulis surat kepada Pak Leman. Saya percaya Pak Leman orangnya baguih dan berwibawa serta bertoleransi.
Ada beberapa perkara lah nak sentuh.
1. Dalam report Pak Leman, tercatat rasa tidak puas hati tentang bacaan Tahrim yang dipasang melalui corong speaker surau perumahan kita. Bukan Tahrim ya Pak Leman. Tarhim. Tahrim tu Surah al-Tahrim kot. Bacaan Tarhim sebelum azan Subuh. Sangka baik saya pada Pak Leman, mungkin Pak Leman tak setuju sebab Pak Leman dah kaji tentang bacaan Tarhim ni. Ada kata bida’ah. Ada kata bida’ah hasanah. Ada kata tak boleh. Tak ada dibuat sejak zaman Nabi. Tak ada dibuat di Mekah dan Madinah. Benda baru je ada. Tak apa, boleh diterima kalau Pak Leman tak suka tarhim. Mungkin Pak Leman lebih setuju dengan azan pertama dilaksanakan.
Pendapat peribadi saya sebagai orang di perumahan ni, saya suka dengar bacaan Tarhim ni. Tak lama pun dipasang. Start imsak sampailah waktu azan. Dalam 10 minit lebih kurang. Ada juga yang mula setengah atau sejam awal (pasang al-Quran). Dalam bacaan itu, terkandung makna selawat pada Nabi s.a.w. dan membesarkan Allah s.w.t. Bacaannya tenang saja. Bukan qasidah mahupun nasyid. Ada juga pasang bacaan al-Quran, lagi best. Orang dengar bacaan al-Quran pun dapat pahala. Kalau bulan puasa, bila dengar rakaman tarhim ini dipasang, senang nak cam waktu dah Imsak. Sahur dah nak habis. Fungsi lain, senang nak tahu dah ada orang dekat surau. JKKK dah sampai surau. Surau dah buka. Bolehlah berkunjung ke surau tunggu masuk Subuh sambil solat sunat atau baca Quran.
Baguihlah sebab secara tidak langsung, kejutkan orang-orang kawasan ni bangun tidur. Ramai-ramai boleh turun surau solat Subuh. Makin ramai berjemaah Subuh, tandanya agama Islam kita makin kuat kan? Takkanlah nak tunggu azan Subuh berkumandang baru nak menggeliat bangun. Lewatlah nanti ke surau atau masjid. Betul tak?
2. Dalam report tu, Pak Leman komplen pasal azan. Pak Leman, zaman Nabi dulu naik bukit, naik tempat tinggi semata-mata nak laungkan azan supaya satu daerah tu dengar tau tak? Bilal bin Rabah punyalah lantang lagi merdu suara beliau. Fungsi azan Subuh bukan nak kejutkan orang tidur semata-mata. Tapi nak habaq pada semua orang yang ada telinga, tunaikan solat itu lebih baik daripada tidur. Bangkit dari tempat tidur, siap-siap, pergi surau berjemaah bagi lelaki.
Cadangan peribadi saya pada Pak Leman, lain kali kita pergi balai sama-sama. Ajak saya sekali. Nak report polis, majlis-majlis kenduri kahwin dekat perumahan kita ni kuat sangat pasang karaoke dan lagu. Sampai masa solat pun tak tutup.
Atau kita report polis, lelaki-lelaki dalam kawasan kita ni ada 400 orang. Yang turun solat jemaah ada la 10 orang tua kerepot. Tak boleh tu. Report malas turun berjemaah.
Amacam?
Esok pagi, jangan lupa turun jemaah sama-sama. JKKK dan ahli jemaah nak belanja Pak Leman makan pagi. Nak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Sebab Pak Leman tak kenal kami, sebab tu Pak Leman tak cinta kami.
Akhir kata,
“Assolaatu Khairun Minannaum.”
p/s: Bersama surat ini disertakan sekali dua gabus getah special edition untuk telinga Pak Leman andai azan esok pagi mengusik kalbu Pak Leman sekali lagi. Lupa nak habaq, speaker surau dah tambah yang lagi power tau. Report Pak Leman telah menyebabkan ramai orang bersimpati lalu bersedekah pada tabung surau kita.
Tulusly dari jiranmu yang hulur surat ikut celah bawah pintu rumahmu,
— Manap.
Isu ini tidak berkesudahan menjadi buah mulut orang. Petang semalam kami menerima email beserta beberapa keping gambar dari seorang pengirim rahsia yang menyatakan UMNO bahagian telah menziarahi pakcik tersebut dan berikut adalah gambar-gambarnya.
Apa komen anda berhubung dengan perkara ini?