Menerusi beberapa laporan media, Sidek meninggal dunia kira-kira jam 11:55 malam Ahad di sisi isterinya, Sebiah Sulaiman akibat ketumbuhan di pipi yang semakin merebak menjadi kanser.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius hingga ke tahap empat hingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.
Selain daripada ketumbuhan itu, Sidek juga mengalami beberapa masalah kesihatan yang lain seperti jantung dan paru-paru.
Terdahulu, Sidek pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana berisiko tinggi.
Buat semua pembaca, marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.