Saturday, April 12, 2014

RM36.4 Juta Di Minta Untuk Gantikan Tebusan

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nota wang tebusan itu telah diterima dan pihaknya sudah menghantar wakil berjumpa dengan penculik untuk mengadakan rundingan.

Kuala Lumpur, 10 April
Wang tebusan sebanyak RM36.4 juta diminta oleh penculik sebagai syarat melepaskan tahanan yang dibawa lari dari Resort Singamata Reef, Semporna, 2 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nota wang tebusan itu telah diterima dan pihaknya akan menghantar wakil berjumpa dengan penculik untuk mengadakan rundingan
“Penculik dipercayai warga Filipina,” kata Zahid Hamidi. 

Mangsa penculikan, seorang pelancong China, Gao Hua Yuan, 29 dan seorang pekerja resort, Marcy Dayawana, 40 dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 10.30 malam. Wang tebusan diminta untuk Gao. 

“Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan tugas,” katanya. 

Zahid menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis keselamatan, memperkemaskini aktiviti di zon berkenaan. 

“Dalam usaha ini, kita bekerjasama bukan sahaja dengan polis dan tentera tetapi turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim termasuk anggota angkatan tentera laut Filipina,” katanya.