Wednesday, April 09, 2014

SEBARAN SEGERA !!! CCTV PENYAMUN DI MASJID BANGI !!!


SEBARAN SEGERA !!! CCTV PENYAMUN DI MASJID BANGI !!!



Di saat orang sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.

Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.

Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.

Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya.

Menurut sumber tertentu, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.

Diharapkan dengan tersebarnya rakaman ini, dia akan dapat diberkas segera.