Wednesday, April 23, 2014

Ya, Saya Pakai Baju Tanpa Lengan – Shila Amzah Sindir Siapa?



Sebelum ini Shila Amzah pernah dikritik mengenai fesyennya yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak menutup aurat memandangkan gadis ini sudah pun berhijab.


Terbaru, Shila dikecam peminat gara-gara memakai dress pendek paras peha sambil bertudung walaupun hakikatnya penyanyi tersebut memakai legging berwarna kulit.

Walaupun sudah memberi penjelasan berkenaan isu itu, semalam, Shila telah memuat naik sekeping foto menunjukkan dirinya memakai inner berwarna kulit yang kelihatan seperti tiada lengan dengan caption seolah-olah menyindir seseorang.




Tindakan Shila itu mendapat sokongan dari beberapa peminatnya yang beranggapan bahawa pemakaian Shila tidak salah kerana ia tetap menutup aurat walaupun memakai inner berwarna kulit.


Inilah dia fesyen Shila Amzah yang pernah menjadi perbualan hangat beberapa minggu lalu

ND Lala yang telah menjawab mengenai kontroversi gaya pemakaian anaknya sewaktu di China beberapa minggu lepas.

Sebagai bapa, ND Lala mengambil tanggungjawab penuh di atas kesilapan tersebut dan berharap orang ramai tidak menyalahkan anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Foto: Shila Amzah pakai skirt pendek bertudung di China

Apapun, bagi kami tak salah jika Shila ingin berfesyen, tapi biarlah bersesuaian dengan imej yang dibawa. Lagipun dah namanya selebriti, apa yang dibuat pasti mendapat perhatian.