Wednesday, May 28, 2014

PARAH!!..VIDEO: Wanita Patah Tangan Diragut Di Gombak



BILA difikirkan, memang patut pun peragut dibelasah oleh orang ramai atas jenayah yang mereka lakukan.
Apa tidaknya, bukan sahaja meragut harta orang awam, tetapi turut menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsanya sehingga boleh mengundang kematian.

Terbaru menerusi Facebook Daily Traffic Report, dua wanita yang menaiki motosikal cedera selepas diragut di Taman Greenwood, Gombak pagi tadi.

Salah seorang daripada mereka mengalami patah tangan dan dilihat meraung kesakitan ketika dibantu oleh orang ramai dan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Berikut merupakan gambar dan rakaman video di tempat kejadian: