Thursday, May 15, 2014

Penyampai Berita TV3 Berpeluk dan Bercium Mulut Diatas Pentas?

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Brian McKnight mengejutkan para penonton pada malam persembahannya di PWTC malam tadi (Jumaat) apabila bertindak memeluk dan mencium bibir seorang penyampai berita Nightline TV3 bernama Anita.

Tindakan itu menyebabkan Anita mengelak akibat terkejut dan tidak menyangka. Persembahan McKnight selama dua jam pada konsert tersebut mengangkat “More Than Words – An Intimate Evening with Brian McKnight”sebagai tema.

Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan bintang sensasi kelahiran Buffalo, New York itu ialah Find Myself, Don’t Stop, Love of My Life, Only One, Another You, Crazy Love, My Kind Girl, Made For Love, Still dan beberapa lagi lagu hebat lain. Antara artis tempatan yang hadir pula ialah Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha Elite, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.