Kejadian yang berlaku melibatkan Kolej Perindu Shah Alam agak sama dengan beberapa kes yang pernah dilaporkan berlaku melibatkan universiti di barat.
Kisahnya ialah kononnya pihak kolej mengeluarkan amaran kepada para penghuninya agar tidak melakukan onani dalam kolej.
Menurut laporan The Malaymail Online, pihak pengurusan kolej telah menafikan larangan tersebut dikuatkuasakan.
“Kami tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian,” kata jurucakap rasmi kolej berkenaan.
Apabila ditanya adakah ini bermaksud kegiatan onani dibenarkan di situ, beliau menjawab: “Larangan tersebut palsu”
Beliau juga sedia maklum berkenaan pelekat tersebut yang berada di kolej berkenaan.
“Kami telah membuat laporan kepada pihak polis bantuan kolej,” katanya lagi.
Pelekat tersebut tertulis nama Kolej Perindu dan telah tersebar beberapa ketika di internet.
“Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan,” itulah yang tertulis pada pelekat tersebut.
Pegawai kolej itu juga memberitahu hanya dua larangan yang pertama sahaja dipakai dalam pelekat tersebut. Pelekat tersebut dikeluarkan bertujuan mengesan penggunaan barangan elektrik oleh pelajar di dalam kolej.
Melancap atau onani pula diharamkan dalam Islam.
Cara pegawai berkenaan memberikan jawapan seolah-olah beronani memang dibenarkan dan takda sape yang memerhatikan pelakunya… ;-).
Yelah… soalan yang ditanya tu pun… macam mana nak bagi jawapan yang tidak mengelikan hati