Jadikan kisah ini sebagai motiivasi untuk kita dan janganlah kita sesekali menjadikan kisah seperti ini titak hitam di dalam hidup kita. Jom ikuti kisah gempar ini :
Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.
Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Agaknya bagaimanalah perasaan suami Ustazah itu kan? Mesti sedih kan? janganlah kita menjadi seperti ini. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran