Pelakon jelita, Nur Fathia Abdul Latiff, 27, dilihat tampil semakin cantik dan seksi tatkala popularitinya turut semakin memuncak di persada seni hiburan tempatan.
Tidak seperti segelintir artis wanita lain, penampilan pelakon drama bersiri Ariana Rose ini dalam keadaan seksi lebih mengujakan dan membuat hati ramai lelaki mudah terpaut.
Baru-baru ini, Nur Fathia berkesempatan untuk memuatnaik sekeping foto dirinya hanya memakai baju paras dada berwarna putih. Ia membuatkan penulis tergamam dan terpegun seketika kerana kagum dengan kejelitaannya.
Memang bertuah sangatlah Aiman Hakim bin Ridza Abdoh yang berjaya memikat Nur Fathia sehingga membuat ramai jejaka di luar sana kecewa tidak berlagu.