Wednesday, July 09, 2014

[ARTIS] "Jangan Keliru, Saya Memang Muslim" ??



Genetik ‘mat salih’ yang menebal dalam dirinya mengundang kekeliruan orang berhubung status aga­manya. Tambahan pula, nama sang pelantun terkenal dengan lagu Sayang itu sendiri ialah Sheryl Gething yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri nama gadis Indonesia khususnya orang Muslim.

Bagaimanapun, dalam satu pertemuan dengan RAP di Kuala Lumpur, baru-baru ini, kesudian penyanyiyang lebih dikenali dengan nama Shae memenuhi undangan fotografi bersama RAP sempena keluaran Aidilfitri, menjawab segala spekulasi.

“Saya dilahirkan sebagai se­orang Muslim walaupun latar belakang keluarga saya kacukan Australia-Riau. Mungkin wajah dan susuk tubuh saya yang lebih dominan kepada genetik ‘mat salih’ membuatkan ramai me­nyangkakan saya bukan Muslim.




“Pun begitu, setiap kali ditanya mengenai soalan berkenaan baik menjawab pertanyaan teman-teman di Malaysia mahupun Indonesia, saya tidak pernah menafikan bahawa saya seorang Muslim,” katanya yang sempat menjawab soalan saat sedang sibuk beraksi di hadapan kamera.

Tidak henti memuji persalinan yang disediakan untuknya hasil rekaan Fizi Woo, serba sedikit maklumat mengenai gadis berusia 19 tahun itu, menerusi lagu Sayang namanya menjadi begitu popular di negara ini.