Thursday, July 03, 2014

GEMPAR!! 7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia!!!

Ada beberapa perkara di dunia yang tidak kelihatan seksi walaupun ia dilakukan oleh seorang wanita. Lebih-lebih lagi pula jika anda terpaksa menerima arahan daripada wanita tersebut.


Dan lebih menakutkan lagi apabila wanita yang memberikan arahan itu adalah seorang ketua gangster ataupun 'God Mother'. Ini bukanlah cerita gurauan tentang wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia gangster.

Bagi anda yang menyatakan bahawa dunia jenayah hanyalah permainan lelaki pasti akan berfikir dua kali setelah mengenali mereka.

Berikut merupakan 7 wanita yang pernah menggemparkan dunia jenayah.

Judy Moran


Judy Moran adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang telah memimpin gangster terbesar di Melbourne. Dia digelar dengan gelaran 'Family Matriarch'.

Xie Caiping



Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing, China melakukan tindakan tegas membenteras keganasan. Satu operasi besar-besaran menangkap hampir 1,500 suspek yang kesemuanya berada di bawah pimpinan Xie Caiping. Caiping menjalankan perniagaan kasino secara haram dan bertanggungjawab untuk mengawasi polis bagi melindungi anak-anak buahnya.

Sandra Avila Beltran


Dengan gelaran sebagai "Ratu Pasifik', Sandra lahir dan dibesarkan untuk menjadi 'God Mother' di Mexico. Bapa saudaranya pula adalah 'God Father' Mexico. Sandra mendapat gelaran itu kerana bertanggungjawab dalam merapatkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan aktiviti penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjarakan atas tuduhan jenayah terancang, penggubahan wang haram dan konspirasi pengedaran dadah.

Rosetta Cutolo


Wanita ini menjadi seorang gangster kerana merasa sedih dan kecewa ketika saudaranya ditangkap polis Itali. Dia kemudiannya meneruskan perniagaan yang dijalankan saudaranya itu. Dia disenaraikan sebagai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu markas polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai buruan sehinggalah dia akhirnya menyerah diri.

Maria Licciardi


Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan 'Capo di Tutti Capi' sebuah kumpulan gangster dari Napoleon. Dibawah pimpinannya, keluarga Licciardi lebih tersusun dan lebih menguntungkan dalam semua usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting adalah memperkenalkan industri pelacuran di Camorra. Padahal sebelum itu ada beberapa kod etika yang melarang mafia mendapatkan wang hasil daripada pelacuran. Perkara ini mungkin nampak janggal dengan memikirkan seorang wanita sepatutnya mampu menghalang wanita daripada dijadikan pelacur.

Maria Leon


Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak mungkin kedengaran tidak bahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua sindiket pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut. Dia menyusun perniagaannya dan pada masa yang sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.

Griselda Blanco


Ketika berusia 11 tahun, dia menculik kanak-kanak keluarga kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya untuk mendapatkan wang tebusan. Apabila ibu bapa kanak-kanak yang diculiknya tidak mahu membayar wang tebusan, dia akan membunuh kanak-kanak tersebut. Setelah berpindah ke New York dari Colombia di era 70an, dia memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah. Dia melarikan diri ke Miami bagi mengelakkan dakwaan pihak berkuasa. Dan disanalah dia meletakkan Miami sebagai ibukota kokain Amerika. Dia dipercayai telah mendalangi lebih daripada 200 pembunuhan termasuk ketiga-tiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun dipenjara. Apabila dibebaskan pada tahun 2004, dia telah dihantar ke Colombia dan tidak pernah lagi dilihat sehingga kini.

-Sentiasapanas.com