Monday, July 14, 2014

ISLAM DIHINA LAGI!!! : Dimana Pihak Berkuasa? SKMM? PDRM?


Selepas David Orok membuat permohonan maaf secara terbuka untuk memperdayakan umat Islam, kini muncul pula watak Desmond Yongkor yang lebih daring lagi, MAHU MENGHAPUSKAN MELAYU, ISLAM DAN UMNO dari muka bumi ini. Di sebalik Desmond Yongkor, wujud pula nama Doris Jones yang cukup kuat sentimen kebenciannya terhadap Islam dan Malaysia.


BULETIN 247 telah mengupas permasalahan ini dan melihat provokasi terbaru ini sebagai mempunyai kaitan dengan perjuangan mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, selain perjuangan untuk beberapa orang pemimpin terbuang Sabah dan Sarawak untuk berkuasa menerusi United Borneo Front (UBF) yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan.







Anasir-anasir subversif ini sebenarnya SENGAJA MEMPERGUNAKAN perbezaan antara Islam dan Kristian sebagai elemen mereka untuk menghasut bagi kepentingan diri masing-masing. Ini adalah kerana, semenjak berkurun, umat Islam dan Kristian telah hidup bersama dan bersatu di Sabah dan Sarawak. Malah di dalam setiap keluarga di Sabah dan Sarawak, terdapat pelbagai suku, pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai bahasa.

Tiada sebarang masalah pun sehinggalah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat dihapuskan dan SOSMA serta PCA gagal mengekang anasir-anasir subversif yang cuba menjadikan agama sebagai modal untuk mereka berkuasa!

Takkanlah pihak berkuasa sekadar nak pandang sebelah mata masalah sebegini?






SKMM buat apa?


Unit Siber PDRM pun, takkan tak ada sebarang kuasa untuk mengesan, membanteras dan menahan kalaupun SKMM lebih banyak menghabiskan peruntukan dan bergoyang kaki dengan timbunan gajet-gajet yang mereka sendiri tidak tahu guna?

Dan kalau SKMM malas nak buat kerja, sebagaimana yang mereka buktikan selama ini, elok jikalau kuasa SKMM itu dipindahkan kepada Unit Siber PDRM pula kerana dalam apa-apa kerja sekalipun, yang akhirnya melaksanakan operasi adalah PDRM!

SKMM elok juga dibubarkan kerana setakat ini, Suruhanjaya tersebut telah gagal melaksanakan tugas mereka dan mengekang jenayah siber yang berlaku di negara ini.


- SUMBER