Nama Angeline Premila Rajandaran adalah antara yang terpampang dalam senarai 15 krew penerbangan dalam pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine sewaktu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, semalam.
Hasil tinjauan di akaun Facebooknya, ia dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan doa daripada rakan-rakan dan kaum keluarganya.
Rata-rata mereka pada awalnya tidak mempercayai apa yang berlaku sehinggalah laporan demi laporan yang disampaikan menerusi media massa yang mengesahkan bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas dipercayai ditembak jatuh.