Menurut sumber dari Berita Harian jumlah yang terkorban adalah 298 orang yang terdiri 283 penumpang dan 15 anak kapal. Dalam satu kenyataan media, MAS turut memberi senarai warganegara penumpang dengan paling ramai warga Belanda iaitu 154 orang diikuti Malaysia 45 (termasuk 15 kru dan 2 bayi).
Ya Allah. Satu satu ujian yang Dia berikan. Tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, kita diuji sebegini hebat. Saya sebagai rakyat Malaysia mengucapkan salam takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa. Hentikan sebarang andaian dan spekulasi. Hentikan menuding jari ke mana mana pihak terutamanya MAS kerana apa juga yang terjadi adalah ketentuanNya. Siapa kita untuk menghalang.
Semoga kita semua muhasabah diri atas apa jua yang berlaku.
Al-Fatihah
KUALA LUMPUR – Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.
MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.
“Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.
Sementara itu, jurucakap MAS berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.
“Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media,” katanya.
Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia berkata pesawat Beoing itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – BERNAMA