Tragedi itu berlaku semasa beribu-ribu peminat Costa Rica berhimpun di ibu kota negara berkenaan di sini untuk menonton pasukan mereka menentang Belanda pada peringkat suku akhir yang menyaksikan pasukan Oranje menang melalui sepakan penalti 4-3.
Dalam kejadian di Dataran Demokrasi itu seorang lelaki kelihatan terbaring dengan belakangnya ditusuk sebilah pisau.
Lokasi tersebut dibanjiri beribu-ribu peminat bola sepak yang hadir untuk menonton perlawanan penting tersebut.
Pihak berkuasa menayangkan pertemuan Costa Rica menentang Belanda itu di sebuah skrin gergasi.
Pasukan polis segera membentuk tembok manusia bagi menghalang situasi daripada menjadi semakin buruk. - Agensi