Bintang cantik ini terpaksa menanggung malu kerana foto-foto kontroversinya telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut laporan Contact Music, insiden itu berlaku gara-gara akaun Twitter kekasih Lovato, Wilmer Valderrama telah digodam.
Akibatnya, beberapa keping foto bogel Lovato telah disebarkan di dunia maya sejak Khamis lalu.
Antara beberapa foto yang tersebar, salah satunya menunjukkan pelantun lagu Heart Attack itu dalam keadaan tidak berbaju.
Valderrama yang menyedari tentang perkara terus membuat penafian yang gambar-gambar tersebut disebarkan olehnya.
"Perhatian semua!, akaun Twitter saya telah digodam. Tolong sebarkan maklumat ini," jelasnya di laman Twitter.