Monday, August 04, 2014

[ARTIS] BERKAT AIDILFITRI - Amy Search Sudah Merestui Hubungan Cinta Nabila Dengan Syarat??


Mari mulakan hari pertama bekerja di seluruh Malaysia dengan berita baik tentang hubungan Amy Search dan anak perempuan, Nabila Huda yang kini sudah kembali pulih selepas insiden di Instagram beberapa bulan yang lalu.

Melalui Instagram masing masing, dapat kita lihat yang Nabila Huda pulang berhari raya bersama bapanya Amy Search di kampung selain saling bermaafan atas kesilapan masing masing sebelum ini dan paling menarik, kekasih pelakon itu khabarnya turut serta,


Bercakap kepada mStar Online, Amy Search menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila Huda,

“Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam,” ujarnya.

-Tiada syarat-syarat .Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih”

Amy Search turut menambah yang dugaan yang berlaku sebelum ini merupakan satu pengajaran buat dirinya dan juga Nabila Huda selain berharap kebahagiaan antara mereka berdua kini akan kekal selamanya. Seronok kami lihat mereka berdua ketika ini, begitulah bagus. (rtky/m)