Saturday, August 02, 2014

[INFO] PAHLAWAN MELAYU MESTI BACA!! Apakah Perkara Khurafat Yang Sering Dikaitkan dengan Seni Silat Malaysia ??


Assalamualaikum semua, lama betul xupdate blog.moga2 kita semua sihat.tak lupa juga buat saudara kita di Palestin,gaza yang terus2 an dibedil zionis zalim.selamat hari raya buat semua.hari ni aku nak bercerita tentang silat.aku bercerita mengenai apa yang aku tahu, jikalau terdapat salah dan silap mohon ditegur dan di beritahu.

Aku sebagai bekas pelajar silat harimau putih berasa kesal terhadap pihak yang mengaitkan perkara syirik dan khurafat terhadap silat. Baru2 ini di news feed fb aku ada fb page yang post video dan difahamkan mereka bersilat dalam gelanggang tanpa menyentuh musuh.hanya kawal dari jauh.tumbuk dari jauh dan bahkan ada yang berdiam tanpa melakukan apa2 tapi apabila musuh datang mendekati.musuh itu xdpt nak serang..ok sebelum kita lanjutkan kisah ni kita dengar dulu ceramah ustaz azhar idrus





jadi belajar silat xharam yang jatuh hukum haram apabila ada perkara/upacara tertentu yang melibatkan pemujaan dan sebagainya yang membuatkannya kebal dan sbgainya..Tentang bagaimana seseorang boleh pukul jrak jauh dn sbgainya sperti yang dikatakan seperti silat nasrul haq,silat wali suci, pasak bumi dan seumpamanya.aku tak pasti.aku sendiri masih banyak ilmu Allah yang belum aku tahu dan terokai.tapi jika berfikir dari logik akal dan juga ustaz aku penah cakap masa belajar di sekolah pondok dulu bahawsanya kelebihan tertentu hanyalah mukjizat yg dberikan oleh allah pada rasul, karomah pd wali, irhas buat seseorang yang bakal menjadi rasul(perkara luar biasa yang diterima sebelum diangkat menjadi rasul dan menerima mukjizat) dan seterusnya maunah pada org soleh dan bertaqwa dan ianya terjadi sekali sekala shja.

Jadi jika difikirkan dari manakah datangya kekuatan yang luar biasa dan ada diantaranya perlu membaca ayat2 dan jurus tertentu bagi menyempurnakan diri supaya menjadi kebal,dapat pukul dari jauh. ada pula yang perlu menjadi marah baru boleh tumbuk dan pukul dari jauh, dan ada juga yang kata ianya hanya berguna di dalam gelanggang sahaja. Tapi persoalannya dari manakah kuasa itu diperoleh ?? ada kawan aku yang belajar silat dia ajak sekali masuk silat ini tapi aku masa tu xtau apa2 jadi aku mintak la izin tok guru aku. ustaz hassan namanya.dia xbagi. jadi kalau nak tau mcmmana boleh jadi camtu tanya sndri pda penuntut ilmu trsebut.tapi ada yang cakap berkat wali,jin,tenaga dalaman,khadam dn sbgainya.wallahualam Apa pon sebelum kita bercerita lebih lanjut saya menjemput tuan2 untuk mendengar ceramah ustaz kazim elias berkenaan perihal jin,saka yang berdurasi 2jam

melalui ceramah ini dapat sya simpulkan melalui apa yg dikatakan ustaz bahawasanya.

1)wali atau org soleh yg dh meninggal xkn ada pape hubungn lg dgn org yg msih hdup,
2)manusia dan jin xkn boleh berkawan.jumhur ulamak mengatakan haram ada sebahagian yang mengatakan harus.(rujuk link SINI UNTUK PENJELASAN ) tapi meminta pertolongan terang terangan haram dan dosa.ianya jadi syirik.

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (Al-Jinn 72:6)

` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '(Al-Jinn 72:15)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".(Al-Jinn 72:20)

3)ada bomoh atau ilmu perubatan yg mnggunakan ayat suci al quran dicampur dengan jampi memuja pekara lain untuk bnd yg salah.jika pengamal silat yang mengamalkan bertentangan jalannya.ianya juga dosa besar(mencampuradukkan ayat alquran dan ayat2 syifa dan sebagainya yang memuji allah tidak salah,yang salah apabila dicampur dengan jampi memuja selain Allah)

Cube kita bayangkan nabi muhammad kekasih allah, cedera , berdarah di kepala dibaling batu semasa perang thaif, patah gigi semasa perang uhud..sedangakan nabi mulia muhammad saw kekasih allah. Kalau korang semua ada kekasih yang sangat korang cintai. calar sikit badan kekasih kita, kita dah menggelabah kan..tapi kenapa allah datangkan ujian kepada kekasihnya?? kerana syurga tempat yang dijanjikan oleh allah. cuba bayangkan lagi para sahabat yang mngumpulkan Al- Quran dalam satu Mashaf pun ada yang mati dibunuh dan gugur dalam peperangan. Tentera Al- Qassam di GAZA diwajibkan menghafal Al-Quran pun gugur dalam peperangan.bagaimana mereka yang hanya mengamalkan dua-tiga ayat al quran untuk menjadi kebal.kuat.

Cube bygkn lagi manusia pling hebat brlatih muaythai dari kecik.tp xsume boleh shebat tony jaa.blajr tumbuk hari2,laju tp xsemua boleh sehebat mike tyson.tapi kalau bljr bnd ni.sume org boleh dpt prlindungn dr sumber yg kite sndri xtau(skiranya ianya mampu merosakkan akidah.nauzubillah)
Bruce lee sndri siang mlm brlatih.anginnya saje dr pukulan dia dpt drasa.dan ianya lojik sbb mlalui latihan yg kental.plajr2 wingchun stretching berjam2 dgn imbangan sblah kaki mmg mampu lompat tinggi mlalui latihan.tapi kalau bnd ni lari dari norma manusia walau ada latihan bgaimanapon.mustahil dpt tendang dr jauh.elak dr jauh dgn dri sndri tnp sbrg bantuan .blajar silat atau apa jua sni pertahankan diri xsalah.aslkn ianya melibatkan dri kita.kkuatn yg dperoleh melalui kita yg sndri pling pnting ianya dredhai allah.sama2 kita hindari syirik dalam apa jua seni pertahanan diri

P/S : Sekiranya terdapat salah dan silap dalam penulisan dan perkongsian saya ini mohon ditambah dan diberitahu. Dan sekiranya ada antara pembaca blog ini salah seorang pelajar seni persilatan yang lebih kurang atau seumpama ini segera bertaubat./atau sekiranya anda merasakan ianya tidak menggunakan sebarang khidmat jin, benda yang melibatkan khurafat dan ianya datang dari latihan yang tidak memerlukan bacaan jampi,hanya ketabahan dalam berlatih seperti manusia biasa berlatih dalam seni pertahanan diri yang diamalkan, anda digalakkan untuk memberi penerangan yang terperinci tetang bagaimana semua prkara itu dilakukan..penulisan blog ini bukan lah untuk menakut2kan atau fitnah bahawa silat itu salah, silat ini salah kerana saya juga bekas pelajar silat..Ianya sekadar perkongsian dan langkah berjaga2.ketika ingin mempelajari sesuatu ilmu. semoga sama2 kita beroleh manafaat dari penulisan ini. wallahualam :-)