Monday, August 18, 2014

SADIS! Isteri Minta Sperma Cedera Dibelasah Suami Tidak Mengaku Mandul?



Seberang Jaya: Berang apabila diminta menyerahkan sperma (air mani) untuk ujian kemandulan, seorang lelaki mengamuk dan membelasah isterinya di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 8 pagi, lelaki terbabit yang juga seorang anggota tentera ‘naik hantu’ sebelum membelasah isterinya hingga cedera di hidung, mata kiri dan seluruh badan.


Menurut sumber, pasangan terbabit dalam proses bercerai dan wanita berusia 35 tahun itu mendakwa suaminya mandul lalu meminta lelaki berusia 42 tahun terbabit menjalani ujian kemandulan.


“Selepas berjanji, mereka bertemu di kawasan parkir HSJ. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham di antara mereka sebelum lelaki terbabit mem belasah isterinya.“Suspek dikatakan berang apabila isterinya mendakwa dia mandul dan memintanya menyerahkan sperma untuk dilakukan ujian oleh pihak hospital,” katanya.


Sumber itu berkata, isteri suspek mahu suaminya menjalani ujian kemandulan kerana jika benar suaminya mandul, ia boleh menjadi alasan kuat untuk dia menuntut cerai.Menurutnya, tidak cukup dengan membelasah isterinya, suspek turut mengugut mahu membunuh mangsa, menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.


“Siasatan mendapati pasangan terbabit sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu dan mereka tiba di hospital dengan menaiki kereta berasingann.“Suami mangsa turut membuat laporan polis kerana mendakwa isterinya menendang pintu kereta hingga kemek,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Nasir Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.- Arkib MyMetro.