Friday, October 24, 2014

Tipu Duit Jiran, Lelaki Berlakon Koma Selama Dua Tahun


SEORANG lelaki sanggup menipu bahawa dirinya lumpuh seluruh badan selama dua tahun semata-mata untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.


Tipu Duit Jiran, Lelaki Berlakon Koma Selama Dua Tahun



Allan Knight, 47, dari Swansea sanggup menipu dengan mengatakan dirinya lumpuh daripada bahagian leher hingga kaki hanya untuk melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana menipu wang jirannya sebanyak £40,000.

Perbuatannya itu terbongkar apabila seorang doktor melihat dia boleh makan, mengelap muka malah menulis dengan sendiri daripada bilik hospital.
Aksinya menolak troli ketika membeli-belah di Tesco dan memandu kereta turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun, isterinya, Helen, cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan memuatnaik gambar dia menjaga suaminya yang berada dalam keadaan koma.

Polis South Wales, Detektif Paul Harry berkata: “Sepanjang karier saya ini merupakan kes penipuan paling lama dapat disembunyikan.”

Knight berhadapan dengan tindakan mahkamah atas 19 tuduhan mencuri dan memalsukan dokumen.

Dia juga berhadapan dengan hukuman penjara selama sebulan.



Sumber : Mstar