Tuesday, October 14, 2014
- In: INFO
- Posted By: Anonymous
VIDEO P0RN0 EMMA WATSON TERSEBAR DI FACEBOOK
Awas! Jangan sekali-kali anda berani untuk klik atau memuat turun kandungan video porno Emma Watson yang beredar di Facebook. Menurut BitDefender, di dalam link video tersebut mengandungi pelbagai malware yang bertujuan untuk mencuri pelbagai data peribadi pengguna komputer.
Salah satu yang paling didambakan malware adalah data perbankan dan kombinasi password akaun media sosial peribadi.
"Video yang saat ini beredar di Facebook itu menjanjikan koleksi kumpulan foto bogel Emma Watson yang dicuri dari dunia maya," ungkap Catalin Cosoi, ketua strategi keselamatan BitDefender seperti yang dilaporkan oleh laman Mirror, Jumaat (10/10/2014).
Link ini menampilkan foto separuh badan Emma Watson yang memegang watak Hermione dalam filem Harry Potter. Bila di-klik, laman akan berpindah ke laman yang tampak menyerupai YouTube. Akan tetapi laman tersebut sebenarnya adalah laman palsu yang sengaja direka oleh hacker.
Video akan terlihat seperti sedang loading. Namun tak lama anda akan mendapat arahan untuk memperbarui versi Flash Player bagi menonton video tersebut. Jika anda mengikuti arahan yang diberikan, maka anda anda akan download malware masuk ke dalam komputer.