Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.
[HR: Tirmidzi]
Daripada petikan hadis di atas, tangisan atau mata yang akan terlepas dari nyala api neraka selama-lamanya adalah :
Jenis mata yang pertama ini tidak dimiliki oleh kebanyakan orang. Orang yang memiliki mata ini tidak akan mampu menitiskan air matanya, kecuali pabila jiwanya bersih, roh dan hatinya jernih diiringi dengan rasa takut kepada Allah SWT, yang demikian ini akan memudahkan mengalirnya air mata taqwa, bukan air mata palsu yang penuh dengan kepura-puraan.
“إِنَّ الذِّيْنَ أُوْتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّوْنَ لِلأَذْقَانِ سُجَّدًا. وَيَقُوْلُوْنَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُوْلاً
. وَيَخِرُّوْنَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُوْنَ وَيَزِيْدُهُمْ خُشُوْعًا”.
“Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah mereka sambil bersujud, dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi”. Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu”. [ Al-Isra : 107-109]
Menangis kerana takut kepada Allah SWT memiliki keutamaan yang sangat agung di sisi Allah SWT:
لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللهِ تَعَالَى حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ…”.
“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah, hingga susu kembali ke payudara”. [HR : Tirmidzi dan Nasa’i]
Abdullah bin Umar RA berkata :“ Menangis kerana takut kepada Allah lebih aku sukai daripada aku berinfaq sebesar seribu dinar”.
Ada banyak jenis tangisan, diantaranya seperti yang di sebutkan oleh Yazid bin Maisarah rahimahullah, beliau berkata : “Menangis itu ada tujuh macam : Menangis kerana bahagia, menangis kerana sedih, ketakutan, riya, kesakitan, syukur dan menangis kerana takut kepada Allah ta’ala, menangis kerana takut kepada Allah inilah yang akan dapat memadamkan api yang besarnya seluas lautan”.
Rasulullah SAW bersabda :
“لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ : قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوْعِ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطْرَةُ دَمٍ تَهْرَاقُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ…”.

“Tidak ada sesuatu yang lebih Allah sukai selain dua titis dan dua jejak, titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah”
[HR :Tirmidzi]
Kedua : Mata yang berjaga malam di jalan Allah
Jenis mata yang kedua ini juga tidak akan disentuh api neraka, kerana sanggup mengorbankan sisa malamnya dengan mendekatkan diri kepada Allah, di mana pada waktu sama orang lain masih pulas tidur di pembaringan. Demikian sebagaimana di sebutkan dalam hadis di atas.
Dua mata ini pula yang pada hari kiamat kelak akan mendapatkan suatu naungan yang tidak akan ada naungan melainkan hanya naungan Allah SWT.
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim disebutkan bahawa ada tujuh golongan manusia yang Allah SWT naungi dengan naugan-Nya di hari yang tidak ada lagi naungan melainkan hanya naungan-Nya, diantaranya adalah : “…dan seseorang yang mengingat Allah saat menyendiri lalu kedua matanya menitiskan air mata”. [HR : Bukhari & Muslim]