Tuesday, December 23, 2014
- In: INFO
- Posted By: Anonymous
5 Tips & Cara Menggoda Suami Yang Terbukti Berkesan
Assalamualaikum pembaca,
Cara menggoda suami bukan perkara main-main. Nampak remeh, tapi penting. Di sini saya mahu berkongsi tips untuk memikat semula hati suami yang sudah pudar kepada isteri. Saya dan suami berusia 33 tahun. Kami sudah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Saya dan suami hampir bercerai kerana dia curang dengan rakan sekerjanya selama hampir setahun. Mereka memang susah untuk dipisahkan. Untuk pengetahuan, suami saya seorang kaki perempuan sejak dahulu lagi.
Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk.
Pantang berjumpa dahi licin pasti dia tidak boleh duduk diam. Telefon bimbit pula sentiasa di dalam simpanannya. Dia akan pergi ke mana-mana dengan telefon bimbitnya walaupun ke tandas. Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password. Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk.
Semenjak saya tahu suami saya curang dengan gadis yang 10 tahun lebih muda dari saya, saya nekad untuk berbuat sesuatu. Ini antara yang saya lakukan.
1. Diet dan kuruskan badan
Saya cuba untuk diet bersungguh-sungguh. Untuk pengetahuan semua, saya agak gemuk semasa suami saya curang. Dari berat saya 73kg, turun ke 58kg. Saya berjaya hilang 15kg. Saya juga berjaya mendapat potongan yang menarik. Spare tyre juga sudah tiada.
2. Mencantikkan diri luaran & dalaman
Selepas itu saya membeli produk yang ada di pasaran untuk kelihatan cantik dan muda. Saya memilih produk untuk cantik luaran dan dalaman. Contohnya produk yang ‘mendarakan’ semula para isteri selepas melahirkan anak. Selain itu, produk untuk kecantikan kulit muka juga sangat penting untuk menaikkan seri muka. Carilah mana-mana yang sesuai.
3. Berhias dan seksi dalam rumah
Di samping itu jangan lupa untuk berhias walaupun di rumah. Pakailah walau secalit lip gloss ketika suami ada di rumah. Sewaktu bercinta dahulu berkepuk-kepuk bedak kita pakai. Jangan lupa untuk membeli baju baru. Berkorbanlah sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami. Tidak salahkan?
Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai.
4. Layan suami bagai raja
Di samping itu, kita juga perlu memberi layanan extra kepada suami. Bukan hanya layanan di bilik tidur sahaja. Jangan gelakkan saya pula tetapi memang saya lakukan tetapi saya meminta kebenaran dari suami saya terlebih dahulu. Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai yang serabai, picit jerawat di belakang badannya, bersihkan kelemumur di kepala menggunakan minyak zaitun dan urut bahu dan badannya semasa dia menonton televisyen.
5. Kualiti masa bersama suami
Selain itu, saya juga banyak meluangkan masa berbual dengannya semasa anak sudah tidur. Dengar masalah suami di tempat kerja, kadangkala temankan suami menonton bola walaupun saya sendiri tidak minat. Sambil itu buatkan kopi bersama biskut untuk suami. Selain itu jangan lupa masakkan makanan kegemaran suami.
Ternyata segala usaha saya tidak sia-sia. Suami saya suka dan dia semakin berubah. Ternyata para suami sebenarnya seorang yang manja dan mahukan kita melayan dan memanjakan mereka seperti kanak-kanak. Ternyata apabila kita berusaha dan memohon kepada Allah pasti hatinya beralih kepada kita semula.
Suami saya meminta maaf kepada saya dan menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya. Sekarang dia selalu meluangkan masa dengan kami dengan membawa anak-anak berjalan-jalan. Telefon bimbitnya juga sudah tiada password. Dia juga selalu menyuruh saya menyimpan telefonnya. Dia juga berjanji tidak akan berhubung lagi dengan perempuan itu lagi.
Respon dari salah seorang pembaca Cara Menggoda Suami Yang Berkesan
Suami saya betul-betul berubah. Dulu dia sering pulang lewat, sekarang tidak lagi. Dia lebih suka menghabiskan masa di rumah. Dari marah-marah dia menjadi seorang yang periang. Paling saya terharu dengan ucapannya kepada saya “Isteri abang ni semakin hari semakin manis, semakin ayu“. Sedangkan dahulu semasa dia gilakan perempuan lain, dia selalu cakap saya seperti makcik.
Alhamdulillah segala usaha saya berbaloi. Rumahtangga saya juga semakin harmoni dan bahagia daripada sebelum ini. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua.
Apa yang orang cari?: