Friday, December 05, 2014

Kisah Disebalik Mayat Mumia Sami Memakai Cermin Mata Hitam Di Thailand



Thailand terkenal mempunyai pelbagai bentuk biara dengan hiasan yang indah dan megah. Salah satu biaranya, terdapat mayat mumia sami yang memakai cermin mata hitam.

Kisah seorang sami dari Luang Pho Dang meninggal pada usianya 79 tahun. Pada saat nafasnya yang terakhirnya, Beliau sedang bermeditasi, duduk bersila yang biasa disebut dengan gaya teratai. Kerana dianggap meninggal dalam keadaan suci, sami ini menjadi mumia.

20 Tahun kemudian, mumia ini masih terjaga keadaannya, demikian dilihat di Atlas Obscura. Mayat mumia sami ini di simpan di dalam altar kotak kaca tembus pandang.

Yang membuatnya berbeza dengan mumia lain adalah kerana memakai cermin mata hitam. Sememangnya bukan untuk bergaya. Kacamata hitam ini mempunyai tujuan sendiri.

Kumpulan sami yang di sana sepakat untuk memakaikan cermin mata hitam kepada mumia tersebut. Dengan tujuan membuat si sami yang menjadi mumia ini tidak terganggu dengan pengunjung yang datang, serta kanak-kanak yang mungkin bising.

Anda boleh melihat sendiri mumia sami dengan kacamata hitam di Kuil Wat Khunaram, Pulau Ko Samui, Thailand.