Tuesday, January 06, 2015

Miley Cyrus Tayang "Dada" Di Instagram, Ramai Peminat Ikut



KEBANYAKAN aktivis wanita di negara Barat sekarang sedang giat menjalankan kempen‘free the nipple’ atas alasan memperjuangkan hak asasi dan kesamarataan seperti mana kaum lelaki yang bebas tidak memakai baju ketika berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat umum.

Salah seorang selebriti popular yang menyokong kempen ini ialah penyanyi kontroversi, Miley Cyrus yang baru-baru ini memuat naik gambarnya dalam keadaantopless, mendedahkan payudaranya di laman Instagram.

Bagaimanapun, pihak Instagram telah memadam gambar tersebut kerana melanggar polisi laman sosial tersebut yang tidak membenarkan penyebaran foto berunsur lucah dan keterlaluan.



Selepas Miley tampil dengan aksi demikian, sebilangan besar peminatnya mula mengikut jejak langkah penyanyi berusia 23 tahun itu apabila tanpa segan silu menayangkan buah dada mereka di laman sosial dengan menggunakan hashtag #freethenipple demi menyatakan sokongan terhadap kempen tersebut.

Hmm, agak-agak kempen ini ada ke menular sehingga ke negara kita dan negara-negara Asia lain?

Harap-harapnya tidaklah ye, memang tak sesuai langsung! – MYNEWSHUB.CC