Tuesday, February 10, 2015

Lelaki Sorok 12 Burung Kelicap Dalam Seluar Dalam Ditahan

SITUASI ini boleh disamakan dengan pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Kes ini direkodkan berlaku pada September 2011 di Cuba, namun sebuah portal fun919.com menyebarkan gambar-gambar kejadian tersebut baru-baru ini,

Seorang lelaki cuba menjadi ‘kreatif’ ketika menyeludup hidupan lindungan di lapangan terbang Rochambeau, Cayenne, Perancis namun oleh kerana perlakuannya mencurigakan, dia ditahan oleh pihak berkuasa di situ.









Hasil pemeriksaan, mereka menemui 12 ekor burung kelicap (hummingbirds) yang disembunyikan individu berkenaan di bahagian dalam seluarnya.

Lagi uniknya, burung-burung tersebut dibalut dengan kain dan pita pelekat agar tidak berbunyi dan terbang keluar.




Menurut laporan berita antarabangsa, burung-burung tersebut telah disuntik dengan sedatif agar tidak aktif. Kalau tak, maunya burung-burung tersebut berkicau dalam seluar…

Dalam laporan sama, lelaki tersebut didapati pernah ditahan kerana kes penyeludupan haiwan sebelum ini.