Friday, February 27, 2015

NENEK MENGANDUNG BENIH MENANTU



London: Seorang wanita memohon di sebuah mahkamah di sini supaya dibenarkan mengandung cucunya sendiri menerusi telur anak perempuannya yang meninggal dunia.

Wanita berusia 59 tahun itu dan suaminya mendakwa sebelum meninggal dunia anak perempuan mereka meminta supaya telurnya disenyawakan dengan sperma didermakan dan dimasukkan ke dalam rahim ibunya.

Pasangan itu berkata, prosedur berkenaan satu-satunya cara untuk mereka mempunyai cucu selepas anak tunggal mereka meninggal dunia akibat kanser usus empat tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga ini belum ada klinik di Britain bersetuju melakukan prosedur berkenaan.

Pasangan yang tidak didedahkan nama merancang membawa telur itu ke klinik di New York, Amerika Syarikat (AS) yang bersedia melakukan proses persenyawaan dengan bayaran £60,000 (RM336,928). - Agensi