Selebriti-selebriti dari negara Korea memang terkenal untuk kulit muka yang cantik.
Apakah rahsia mereka?Bacalah di sini untuk mengetahui rahsia-rahsia cantik daripada
beberapa bintang terkenal di Korea!
Apakah rahsia mereka?Bacalah di sini untuk mengetahui rahsia-rahsia cantik daripada
beberapa bintang terkenal di Korea!
Go Hyun Jung
Pada tahun 2011, Go telah menerbitkan sebuah buku tentang rahsia penjagaan
kulit yang laris dijual dalam hanya 2 hari!
Antara rahsia kecantikannya adalah untuk elak daripada makan makanan pedas dan masin untuk
mengekalkan kulit yang cerah.
Dia juga adalah peminat ikhlas teh grapefruityang membantu dalam
mengekalkan kulit yang cantik dan berseri.
Song Hye Kyo
Walaupun berusia 33 tahun, Song kelihatan seperti remaja kerana pandai menjaga dirinya.
Dia mengelak daripada memakan coklat, teh hitam dan makanan ringan dan sebaliknya
banyak memakan buah, sayur-sayuran dan sekali-sekala, telur.
Setiap 2 minggu, dia akan meletakkan mask dengan telur putih dan madu di atas kulit muka
untuk memutihkannya. Madu sebenarnya dapat mengurangkan garis-garis halus.
Dia juga membasuh mukanya dengan susu.
Song Joong Ki
Song berkata bahawa rahsia kecantikannya adalah dengan memakan sebiji epal dan minum
yogurt setiap hari.
Seorang yang gemar bersenam, Song percaya bahawa senaman memainkan peranan penting dalam kecantikan dan kecergasan badan dan rohani.
Yoon Mi Rae
Yoon adalah seorang yang rajin menggunakan minyak kelapa untuk kecantikkannya!
Minyak kelapa mempunyai banyak faedah dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral!
Goo Hara
Penyanyi berbakat ini akan mencadang anda untuk meminum
pelbagai jenis jus untuk kulit yang cantik. Antara jus kegemarannya mengandungi pisang
dan badam.
pelbagai jenis jus untuk kulit yang cantik. Antara jus kegemarannya mengandungi pisang
dan badam.
Goo Hara mempercayai bahawa jus buah yang segar mempunyai khasiat yang dapat membantu meningkatkan metabolisme anda.