Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Kereta Lebih Laju Dari Peluru?


SYDNEY - Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.

McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.

Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.

Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah AS$4.2 juta (RM12.75 juta).

Kereta itu yang diberi nama Invader 5R sepanjang 16 meter.

Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair oksigen. -

Dia dan anggota-anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada tahun depan. - AFP

Read more…

Thursday, October 18, 2012

Model terbaru usahasama Proton dan BMW???



Gambar diatas membuktikan bahawa orang Malaysia memang kreatif.. Korang cuba tengok, Proton Saga BLM pun boleh diconvertkan jadi sebijik macam BMW beb..

Kalau sekali tengok, memang susah nak agak bahawa tu kereta Proton buatan tempatan.. Tapi bila tengok dengan lebih detail, barulah gua perasan bahawa BMW tu sebenarnya BMW palsu..

Apapun.., ubahsuai macam ni sebenarnya salah dari segi undang-undang jalanraya di negara kita beb.. Tak guna buat modifikasi cantik-cantik tapi manjang kena saman kalau ada roadblock oleh pihak penguatkuasa..

So nasihat gua, kalau rasa nak pakai BMW tu, baik beli terus je sebijik yang ori punya beb.. Yang secondhand pun tak mahal mana rasanya..

Bak kata orang tua-tua, 'biar kalah membeli, tapi menang memakai.. '


p/s: Gua tetap dengan Proton standart gua.. Walaupun kereta lama.., banyak jasanya tu beb...


Read more…

Saturday, September 15, 2012

(Video) Memandu Melalui Gelung Bulat HOT Wheels

LOS ANGELES - Seorang pelagak ngeri Hollywood, Greg Tracy dan pelumba kereta rally, Tanner Foust mencipta rekod dunia. Kedua-dua mereka mencipta rekod Guinness World Records apabila memandu kereta melalui gelung mainan setinggi 18.28 meter. - Agensi

Read more…