Sunday, October 21, 2012

Mr Os Masuk Ke Hospital Akibat Saluran Jantung Tersumbat




Mr Os Masuk Ke Hospital Akibat Saluran Jantung Tersumbat - Pelakon veteran komedi terkenal, Mr. Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid, 51, dimasukkan ke Hospital Serdang kira-kira 9.00 pagi semalam akibat saluran jantung tersumbat.

Menurut Os, pada mulanya dia pergi berjumpa doktor untuk memeriksa masalah tekak yang dihadapinya namun sebaliknya terjadi selepas menerima pemeriksaan lanjut.

“Setelah doktor membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut, saluran jantung saya disahkan tersumbat”

“Alhamdulillah kini saya berada dalam keadaan sihat dan jika tidak ada apa-apa masalah saya dibenarkan pulang pada hari esok,” katanya dalam nada bertenaga.

Selain itu dia turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak hospital kerana memberikan layanan yang terbaik. – Roti Kaya